Contoh Barangan dari AN
Salam.. Saya percaya masih ramai diantara newbie2 ebay yang masih tertanya-tanya macamanakah sebenarnya rupa produk dari AN a.k.a [supplier rahsia] dalam forum Sifu Lan kan?.
Jadi, melalui post ini, anda akan dapat lihat contoh sebenar barangan dari AN. Sebenarnya, saya telah terlebih order untuk sorang customer saya dari Hungary..Jadi saya telah meminta pertolongan dari AN untuk mengeposnya ke alamat rumah saya. Pada asalnya, saya tidaklah berharap sangat pihak AN melayan saya, tapi agak terkejut kerana produk tersebut sampai juga ke rumah saya. (tempoh masa sampai adalah 19hari). Syabas kepada AN! hehe…
Jadi, tanpa berceloteh panjang, mari kita tengok produk tersebut:-
1) Ini gambar sampul bungkusan yang mengandungi produk tersebut. Bungkusan ini nampak padat kerana di dalamnya ada bubble wrap.
2) Gambar bahagian belakang bungkusan. Bungkusan ini tidak akan tertera nama supplier AN. Jadi, anda tidak perlu risau supplier anda akan diketahui oleh pelanggan anda.
3) Produk yang dimaksudkan ialah Heart Italian Charm Watch dan Sport Metal Watch. (pada waktu ini, saya masih penjual tegar Harley Davidson..Selepas 2minggu duk list Harley Davidson saya telah stop dari jual barangan Harley Davidson setelah diberi warning dari eBay kerana menjual barangan copyright… hhehhehe… Tapi takpe, saya dah banyak untung dari barangan ini. Kos seutas jam ialah $6.99 (shipping free) dan saya telah menerima bid setinggi $30 (termasuk shipping). Jadi untung kasar $23 seutas. Tu baru seutas. Kalau 20 utas yang dah laku, $23 x 20 = $460 (dalam masa 2minggu) Itu pun baru satu jenis produk.. hehe.. tu la saya cakap..bisnes eBay ni memang masyukk…
4) Ini ialah gambar bubble wrap yang dimaksudkan. Bubble wrap tersebu sangat penting untuk mengelakkan dari hentakan kuat yang boleh menyebabkan jam tersebut pecah.

Itu sahaja untuk post kali ni. Saya berharap agar anda mendapat manfaat daripada post ini. InsyaAllah saya akan meletakkan lagi gambar2 lain dari AN untuk perkongsian kepada anda semua. Sebarang komen dan cadangan amatlah di alu-alukan…
Terima kasih.




